Selasa, 20 November 2012

Susu memancut keluar.............Alhamdulillah

Susu banyak sampai nak bengkak payudara dibuatnya ... syukur alhamdulillah... seronok bukan... Banyak pengalaman yang telah saya pelajari sepanjang menyusukan anak2 saya.

Susu banyak mudah terhasil apabila si ibu itu kerap mengosongkan payudaranya melalui hisapan bayi atau sesi perahan. Ditambah apabila si ibu itu menjaga pemakanan , pengambilan air, hormon yang stabil, bertenaga dan sihat.

Vitamin sesekali tidak membanyakkan susu melainkan *membantu proses penghasilan susu dengan kadar yang lebih cepat berbanding tanpa pengambilan vitamin.* Mengapa? Ini kerana kandungan komposisi utama dalam susuibu adalah protien, kalsium dan diikuti dengan zat dan garam mineral yang diperlukan untuk pertumbuhan seorang bayi. Maka apabila si ibu itu mengambil semua yang diperlukan maka proses penghasilan susu akan berkadar lebih hebat dari biasa.

Maka ibu ... kene istiqamah... kene makan makanan  yang seimbang , minum air kene banyak... pam kene kerap. Semakin kerap kita pam susu semakin kerap susu dihasilkan

Nak tahu lg tipss, sila tingalkan email.....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan