Setiap dari kita perlukan makanan yang berkhasiat dan sihat. Gaya hidup dan pola pemakanan yang kurang sihat sekarang mendorong kita mengabaikan pemilihan makanan yang sihat. Oleh itu kita perlukan makanan tambahan (supplement). Pilihlah vitamin semulajadi, tanpa kesan sampingan dan tanpa risiko.
Rabu, 28 Disember 2011
Tips rawat ekzema anak
Ekzema adalah alahan merupakan tindakbalas hypersensitiviti badan yang boleh mengakibatkan tindakbalas pada kulit (ruam)/eczema, hidung (resdung)/allergic rhinitis, mata (gatal mata)/allergic conjunctivitis dan tekak (gatal tekak)/allergic pharyngitis. Tindakbalas ini boleh menjadi serius dalam tempoh yang tertentu sama ada dalam beberapa minit ke beberapa hari atau minggu. Ia boleh mengakibatkan kulit menjadi merah, kering dan merekah. secara saintifiknya penyakit alahan eczema di panggil Atopic Dematitis, lazimnya dihidapi oleh golongan dewasa mahupun kanak-kanak.
Menghilangkan Ekzema menggunakan Basic H dan Herbal Cream
kredit to Umi Dapur Aulad
1. Basic H
umur lebih 8 bulan.Mandikan anak seperti biasa. Air bilasan terakhir dititiskan 2 atau 3 titik Basic H (memang sikit je sebab Basic H ni concentrated -pekatan), jirus pada anak. Tak perlu bilas lagi. Terus lap dengan tuala biar kering.
untuk baby - Boleh juga masukkan 2 atau 3 titik basic H dlm air mandian anak , mandikan baby dengan air tadi. tak perlu bilas, terus lap macam biasa.
Jika anak demam (atau ada tanda2 nak demam mcm dedar panas), mandikan dgn basic H
banyak lagi kegunaan Basic H ni, boleh guna utk cuci sayur/buah
2. Herbal cream
sapu nipis pada kulit bayi, terutama tempat ruam atau peilpat paha, ketiak,lengan
boleh juga sapu cream ni utk kurangkan kesan gatal gigitan nyamuk, semut dll
boleh digunakan utk lotion kulit tangan.
kesannya :-
Kanak-kanak yang ada ekzema ini tidak lagi menggaru kawasan yang gatal dan kudis-kudis pun hilang. Sebagai ibu tidak salah kita mencuba kerana
kita tahu yang ekzema tiada ubat khusus, kena tunggu anak besar (selepas 5 tahun) baru ekzema kan berkurang dengan sendirinya.
Mealshake:
Sebab apa kanak-kanak ekzema perlu mealshake? Untuk kuatkan antibodi badannya. Bila antibodi kuat jadi penyakit akan jarang datang menyerang.. OK ibu-ibu. Tepuk dada tanya selera.
KEHAMILAN
Pengambilan vitamin yang betul mampu membuatkan ibu hamil lebih bertenaga. Antara vitamin yang sesuai untuk ibu hamil ialah
Apakah vitamin terbaik buat ibu hamil?
Vitalea Iron Formula (multivitamin dan multimineral)
B Complex (termasuk asid folik)
Vitamin C
Ostematrix
ESP/ Mealshake
Omega Guard
Perlukan ibu hamil mengambil prenatal vitamin seperti obimin dan asid folik? Tidak perlu kerana keperluan untuk ibu hamil sudah dicukupkan oleh Vitalea dan B Complex.
Selasa, 20 Disember 2011
KENAPA SHAKLEE???
Falsafah Produk Shaklee
Selama lebih 50 tahun, generasi demi generasi telah bergantung pada Shaklee kerana telah membuat sesuatu yang berbeza dari yang lain iaitu mencipta produk yang SELAMAT dan terbukti BERKESAN.
Misi kami di Shaklee ialah memberikan kehidupan yang lebih baik dan sihat kepada sesiapa sahaja. Kami membantu dengan cara mengeluarkan produk-produk kesihatan yang terunggul dan anda akan rugi sekiranya tidak berkongsi dengan rakan-rakan mengenainya. Setiap produk yang kami keluarkan telah direka cipta untuk memperbaiki taraf kesihatan tanpa kompromi dan tidak merosakkan alam sekitar.
Apabila anda memilih Shaklee, yakinlah dengan tiga perkara – ia sentiasa SELAMAT, BERKESAN dan SEMULAJADI.
SENTIASA SELAMAT
Kami Menjamin Keselamatan Tanpa Syarat
Kami memulakan dengan sumber semulajadi, ahli-ahli saintis Shaklee telah membuat kajian di pelusuk dunia bagi mencari sumber ramuan asli semulajadi. Kemudian kami menjalankan lebih 350 kajian ke atas setiap ramuan baru kami, terutamanya bahan logam, racun serangga dan bermacam-macam bahan pencemaran yang lain. Dan kami meneruskan kajian ke atas lebih 80,000 ujian berkualiti setiap tahun bagi menjamin ketulenan dan perlindungan bagi setiap satu produk.
Secara keseluruhannya, semua produk Shaklee tidak mempunyai parabens, triklosan, phthalates, natrium lauril sulfat (SLS), natrium lauryl eter sulfat (SLES), 1,4 dioksana, atau propilena glikol. Tidak terdapat bahan-bahan yang diharamkan, tiada pewarna, tidak sebarang jenis lemak dan tidak mengandungi pemanis tiruan atau perisa. Kami tidak menjalankan ujian ke atas haiwan. Juga pembungkusan produk kami adalah selamat dan bebas daripada sebarang toksin-toksin biophenol mahupun asid phthalates dan cecair toksik. Ini yang membuatkan kami benar-benar pasti bahawa Setiap Produk Shaklee adalah 100% selamat digunakan. Terjamin.
Kami Menjamin Keselamatan Tanpa Tandingan:
Beberapa senarai TIDAK Shaklee:
TIDAK Mengandungi Paraben
TIDAK Mengandungi Triklosan
TIDAK Mengandungi Phthalates
TIDAK Mengandungi Sodium Natrium Lauril Sulfat (SLS)
TIDAK Mengandungi Sodium Natrium Lauryl Eter Sulfat (SLES)
TIDAK Mengandungi 1,4 Dioksana
TIDAK Mengandungi Glikol
TIDAK Mengandungi Bahan-bahan Cucian Organik yang ”Volatile”
TIDAK Mengandungi Asid Hidroklorik
TIDAK Mengandungi Ammonia
TIDAK Mengandungi Sodium Hidroksida
TIDAK Mengandungi Butyl Cellosolve
TIDAK Mengandungi Formaldehyde
TIDAK Mengandungi Bisfenol-A
TIDAK Mengandungi Petroleum Distillates
TIDAK Mengandungi Toulene
TIDAK Mengandungi Peluntur Warna
TIDAK Mengandungi Bahan Perisa
TIDAK Mengandungi Pewarna
TIDAK Mengandungi Lemak Trans
TIDAK Mengandungi Pemanis Tiruan
TIDAK Mengandungi Dakwat Toksin
TIDAK Mengandungi Bahan-bahan terlarang
SENTIASA BERKESAN
Kami Menjamin Tahap Keberkesanan Yang Efektif
Banyak syarikat mendakwa produk-produk mereka berkesan tetapi di Shaklee, kami mempunyai bukti. Anda akan temuinya di dalam lebih 100 kertas kajian saintifik, 90 darinya telah diterbitkan di dalam majalah-majalah, yang telah membuktikan keberkesanan bagi produk-produk Shaklee. Anda boleh temuinya melalui lebih 250 juta pelaburan dalam ujian klinikal, penyelidikan dan pembangunan produk. Anda juga boleh temuinya melalui ’Landmark Study 2007’ yang dikendalikan dengan kerjasama penyelidik-penyelidik daripada UC. Barkeley School Public Health menunjukkan mereka yang mengambil produk tambahan Shaklee terbukti jelas mempunyai tahap kesihatan yang lebih baik daripada mereka yang mengambil jenama multivitamin yang lain.
Dan kami membuktikannya melalui 54 pingat emas yang dimenangi oleh Shaklee setanding dengan kehebatan atlet-atlet terbaik dunia. Dan lagi, bukti yang benar-benar menyakinkan antara semua ini adalah di dalam berjuta-juta orang yang mempunyai kehidupan yang sihat, di antaranya adalah disebabkan mereka menjadi produktif disebabkan oleh Shaklee. Sebelum sebarang produk Shaklee menjadi milik anda, kami telah bekerja keras untuk memastikan ianya terbukti dan apa yang kami katakan adalah benar.
Kami Menjamin Tahap Keberkesanan Yang Hebat
Lebih daripada $250 juta dilaburkan di dalam kajian, pembangunan produk dan ujikaji
Terdapat lebih daripada 100 bahan rujukan saintifik, 90 daripadanya dicetak di dalam jurnal bagi rujukan pihak ketiga
7 daripada 25 Pengembara Handal di dalam buku Time Life of All Time telah diperkasa oleh Shaklee
Produk Shaklee telah memperkasa Pengembara bertaraf Elit Dunia, Will Steger dalam 4
Ekpedisi Artik Antarabangsa
54 pingat emas Olimpik dimenangi oleh para atlit yang diperkasa oleh Shaklee
Shaklee juga memperkasa atlit termasuk kumpulan peluncur ais, acara pentatelon Eli
Bremer, Darin Shapiro, peluncur air Michelle Simpson, perenang Carly Piper, pemain Golf
LPGA Reilley Rankin dan pemain softball Jessica Mendoza yang mana mereka mengambil
produk Shaklee secara harian untuk prestasi yang optimum.
SENTIASA MESRA ALAM
Kami Menjadi Peneraju dan Contoh dalam Memulihara Alam Sekitar
Dr. Forrest Shaklee: Syarikat kami mempunyai prinsip hidup harmoni dengan alam semulajadi®. Kenyataan itu telah digunakan lebih daripada separuh abad yang lepas dan kami masih terus menerajui sebagai contoh kepada yang lain. Kami adalah syarikat pertama di dunia yang diiktiraf sebagai Climate Neutral™ di mana kami telah meneutralkan pengeluaran karbon tanpa menjejaskan alam sekitar. Ibu Pejabat Korporat kami telah memenangi anugerah bagi reka bentuk persekitarannya. Melalui penjualan Rangkaian produk pencuci Shaklee Get Clean® Basic H²® dalam tahun lepas sahaja, Shaklee telah menyingkirkan 2.7 bilion botol-botol konvensional 26 auns pencuci tingkap. Sekiranya disambungkan dari hujung ke hujung, botol-botol ini akan membaluti sekitar bumi lebih daripada 28 kali!
Bermula dari Penjelajah Jacques Cousteau dan seterusnya Dr.Wangari Maathai iaitu pemenang Nobel Peace pada tahun 2004, Shaklee meneruskan perjuangannya dengan bekerjasama bersama mereka yang menyayangi bumi bagi menghasilkan satu perubahan. Dalam tahun lepas sahaja, kami telah mengitarsemula lebih 1,000,000 paun kadbod, menyingkirkan lebih 10,200,000 paun sisa pembungkusan dan menyingkirkan lebih 23,000,000 paun gas rumah hijau. Ini menunjukkan bagaimana kami benar-benar bersungguh-sungguh bagi menghasilkan produk semulajadi yang berupaya melindungi bumi.
Kami Menjadi Peneraju dan Teladan dalam Memulihara Alam Sekitar
Kami merupakan syarikat pertama di dunia yang diiktiraf sebagai Climate Neutral™ di mana kami telah meneutralkan pengeluaran karbon tanpa menjejaskan alam sekitar.
Shaklee telah menanam hampir 800,000 pokok bagi kempen A Million Trees. A Million DreamsTM dengan kerjasama pemegang The Green Belt Movement yang diasaskan pada tahun 2004 dan pemenang Nobel Peace Laureate Dr. Wangari Maathai
Pada tahun lepas sahaja, Shaklee telah berjaya:
Mengitar semula lebih 1,000,000 pauns kertas kadbod
Menghapuskan 10,200,000 pauns sampah pembungkusan
Menghapuskan 23,000,000 pauns gas rumah hijau
Shaklee merupakan penerima anugerah alam sekitar yang berprestij bagi anugerah-anugerah berikut:
2008: Anugerah Stevie bagi Program Tanggungjawab Korporat Terhadap Alam Sekitar Terbaik
2007: Anugerah Rekabentuk Organisasi Hijau Global Amerika
2003: Anugerah Kecemerlangan Alam Sekitar Kebangsaan daripada Persatuan Alam Sekitar Professional Kebangsaan
2002: Anugerah Agensi Melindungi Alam Sekitar bagi Perlindungan Climate
2001: Anugerah Kepimpinan Gabenor Ekonomi dan Alam Sekitar- Sijil Penghargaan
daripada Agensi Perlindungan Alam Sekitar California
Selasa, 1 November 2011
Set Untuk Menyusu
Kredit to dapuraulad.blogspot.com
1. Protein
Sebanyak 2-3 hidangan sehari. Saiz satu hidangan adalah 3-4 oz daging, ayam atau ikan.
Antara sumber utama protein boleh didapati melalui daging, ayam, telur, susu, keju dan kekacang.
2. Kalsium
Ibu-ibu memerlukan 1300mg kalsium sehari. Antara sumber utama kalsium adalah seperti susu, yogurt, keju, tauhu.
3. Zat besi
Ibu perlukan 9mg zat besi sehari. Antara makanan yang kaya zat besi seperti daging, makanan laut, kekacang, kuning telur.
4. Vitamin C
Kita perlukan 120mg vitamin ini sehari. Vitamin C boleh diperolehi melalui buah-buahan sitrus seperti oren, kiwi. Manakala buah-buahan tempatan yang kaya vitamin C seperti jambu batu, belimbing. Sayuran seperti brokoli, sawi , kobis bunga, tomato juga kaya vitamin C.
5. Air dan mineral
Badan kita memerlukan air utnuk berfungsi dengan baik. Oleh itu disarankan supaya meminum sekurang-kurangnya 8-10 gelas air sehari. Sebaik-baiknya air kosong. Selain dari itu boleh ditambah jus, susu, sup dan sebagainya.
Hakikatnya
Mampukah kita untuk pastikan pengambilan makanan seharian kita mengandungi cukup vitamin dan khasiat seperti yang sepatutnya? Contoh mudah, berapa banyak buah yang perlu kita makan sehari untuk pastikan badan mendapat Vitamin C secukupnya? Berapa kilo sayur perlu diambil? Persoalan lain: Adakah bahan mentah (sayur, daging contohnya) diproses dengan betul supaya zat dan vitamin tidak hilang? Dan pelbagai persoalan lagi yang perlu kita fikirkan. Tambahan pula dengan batasan masa dan gaya hidup moden sekarang ini kadang kala memaksa kita 'makan sekadarnya' tanpa menitikberatkan kuantiti apatah lagi kualiti khasiat makanan yang kita ambil. Golongan ibu menyusu pula terpaksa menanggung tanggungjawab yang lebih berat; memastikan badan sendiri mendapat khasiat secukupnya dan pada masa yang sama nak pastikan susu mencukupi dan berkhasiat untuk si anak. Besar sungguh pengorbanan ibu-ibu ni ye..!
Cadangan penyelesaian
Realiti gaya hidup sekarang yang 'serba mudah', 'serba ringkas' dan 'segera' ini sukar untuk ditolak. Oleh itu kita perlu mencari sokongan dan makanan tambahan (supplement) bagi menampung kekurangan zat vitamin yang sepatutnya diambil oleh tubuh. Antara pilihan yang ada adalah dengan mengambil vitamin semulajadi yang diperbuat dari bahan semulajadi dan tidak meninggalkan kesan mudarat kepada tubuh. Contohnya vitamin Shaklee. Apa dia Shaklee? Betul ke Shaklee vitamin semulajadi? nanti akan dikongsikan pada artikal yang akan datang
Untuk ibu menyusu, dicadangkan supaya mengambil set B yang mengandungi Alfalfa, Vitamin C, Vitamin B complex dan Vitalea (multivitamin)
Kesan pengambilan Vitamin
Tindakbalas vitamin ke atas badan adalah berbeza di antara seorang individu dengan individu yang lain. Bagi mereka yang sudah dibiasakan dengan pengambilan vitamin, penyerapannya lebih mudah berbanding individu yang jarang-jarang sekali ambil vitamin. Oleh itu jangan cepat mengeluh jika sudah seminggu ambil vitamin tapi masih kekal dengan tabiat pemakanan lama, suka 'junk food', suka minuman bergas atau ais, rehat tak cukup, minum air sekadar hilang haus sahaja. Badan perlukan masa untuk membaiki tisu-tisu yang rosak, sebelum menghasilkan output sepatutnya. Selain dari itu pastikan ibu-ibu tidak ambil minuman atau makanan berkafein seperti kopi, teh dan kebanyakan minuman bersoda. Kafein merupakan musuh vitamin yang boleh memusnahkan vitamin dalam badan.
Antara perubahan yang berlaku pada tubuh selepas pengambilan vitamin adalah seperti:
1. Healing crisis - badan rasa lemah, lesu, mungkin demam kerana proses nyahtoksin sedang berlaku.
Jika ini berlaku, banyakkan minum air sekurang-kurang 3Liter sehari, sabar dan berdoa.
2. Badan rasa semakin cergas dan kurang lesu.
3. Kulit menjadi lebih licin dan cantik
4. Rambut juga semakin kurang gugur
5. Lebih bijak mengawal emosi dan rasa lebih tenang
Berminat mencuba vitamin Shaklee? Kami menyediakan Trial Pack untuk penggunaan 30 hari dengan hanya RM80, Hubungi saya di nurulnas99@gmail.com
Jumaat, 28 Oktober 2011
ALFALFA BUKAN BOOSTER TERBAIK UNTUK IBU MENYUSU
credit to anakkuwiraku,com
ALFALFA BUKAN BOOSTER TERBAIK UNTUK IBU MENYUSU
Ramai ibu yang bertukar milk booster halba a.k.a fenugreek terutama apabila en suami mula menegur bau badan isterinya kurang enak. Ditambah apabila si ibu mendapati anaknya tidak serasi dengan susubadan setelah si ibu mula consume halba. Ramai yang memilih jalan singkat dengan menukar kepada Alfalfa dan Energizing Soy protien untuk dapatkan hasil yang lumayan dan segera namun akhirnya ibu itu mengalah kerana tidak mampu mengatasi masalah tekanan dari luar disebabkan faktor bebanan kerja serta keletihan yang melampau.
Mengapa alfalfa dikatakan milk booster sebenarnya?
Ini kerana alfalfa mengandungi sumber protien dan kalsium serta galian lain yang diperlukan oleh tubuh si ibu untuk menghasilkan susuibu. Namun kandungan protien dan kalsium yang terdapat di dalam alfalfa adalah pada takat minima sedangkan ibu yang menyusu memerlukan protien dan kalsium yang lebih memandangkan ia diperlukan oleh tubuh ibu sendiri untuk membina darah dan memastikan ketumpatan tulang disamping keperluan penghasilan susuibu demi perkembangan dan pembesaran anak yang dikandung ataupun disusukan.
Namun tidak dinafikan, pengambilan Alfalfa adalah tidak digalakkan untuk diteruskan oleh ibu menyusu sekiranya ia memberi mudarat pada bayi terutama apabila mendapati bayi cirit birit serta ibu mempunyai masalah tidak lawas membuang air besar. Maka option lain bagi ibu yang tidak mengambil alfalfa adalah pengambilan kalsium yang mencukupi disamping pemakanan harian diet yang kaya dengan protien.
Tahukah anda?
Protien
Tahukah anda komposisi utama dalam susuibu adalah protien diikuti oleh kalsium serta vitamin dan zat galian yang lain? semasa menyusu keperluan protien meningkat. Jika anda kurang mengambil makanan daripada jenis protien, ini akan menjejaskan penghasilan susuibu. Protien tambahan boleh didapati dari susu, produk tenusu, telur, daging, ikan, ayam , kacang dan bijiran serta kekacang. Bagi yang mahu mengambil supplement, pastikan anda mengambil protien yang ditulis sebagai non GMO soy kerana struktur genetik soya tidak diubah dan ianya selamat untuk jangka panjang.
Kalsium
Ramai yang memendang remeh tentang pengambilan kalsium. Kalsium hakikatnya bukan sahaja penting ketika hamil malah snagat diperlukan ketika menyusukan bayi. Hal ini kerana pada 3 bulan yang pertama, bayi bergantung sepenuhnya pada susuibu. Kalsium diperlukan untuk menghasilkan susu.
Oleh yang demikian, tambahan 1000mg kalsium diperlukan. Jadi sangat digalakkan jika si ibu meminum sekurang-kurangnya 500ml susu [ kaedah paling senang sukat] atau apa-apa produk tenusu bagi memenuhi keperluan kalsium. sekiranya anda mengambil supplement kalsium, pastikan ianya mengandungi magnesium serta vitamin D agar penyerapan yang baik berlaku dalam badan. Kalsium tablet yang tidak mengandungi kandungan magnesium mahupun vitamin D boleh memberi risiko batu karang di dalam buah pinggang.
Cubalah Ostematrix Shaklee! anda akan rasa perbezaannya!!!!
Vitamin
Disamping itu, ibu yang menyusu memerlukan penjagaan makanan yang seimbang yang mana pengambilan vitamin dan garam mineral lain turut perlu dititikberatkan sebagai contoh vitamin A [ biasa terdapat dalam beta carotene], zat besi, folik asid, vitamin C , B complex demi memastikan keseimbangan kesihatan si ibu, susuibu yang dihasilkan dan ia turut membantu dalam penghasilan susuibu
Air.
Elemen ini sangat penting dalam diet ibu yang menyusukan anaknya. Badan memerlukan cecair yang secukupnya. Oleh kerana itu ibu menyusu perlu minum air secukupnya. Minumlah berkadaran agar tidak menjejaskan tugas harian. Kita mempunyai 24 jam sehari...maka minumlah dengan istiqamah. Air sangat penting untuk penyerapan vitamin oleh tubuh.
Boleh hubungi untuk lebih maklumat
Whatsup. - 0192454025
Mail. - nurulnas99@gmail.com
Khamis, 27 Oktober 2011
Cadangan Vitamin untuk Pelbagai Penyakit
Di bawah adalah senarai penyakit yang biasa kita dengar beberapa vitamin serta mineral yang dicadangkan untuk penyakit-penyaklit tertentu. Walau bagaimanapun, anda dinasihatkan mendapatkan konsultansi dari pakar (doktor) terlebih dahulu sekiranya menghadapi masalah serius.
Alergi
Vita-C
B Complex
Alfalfa
Ketiga-tiga vitamin di atas termasuk dalam Set Allergy (SetG)
Garlic Complex
Alzheimer
Vita-E Complex
B Complex
Omega Guard
Garlic
Anemia
B Complex
Vita-Lea
Vita-C
Ketiga-tiga vitamin di atas termasuk dalam Set Optimum (Set A)
Arthristis
Vita-Lea
Ostematrix
Vita-C
Alfalfa
Peppermint-Ginger
Batu hempedu
Peppermint-Ginger
Lecithin
Vita-C
Vita-E
Bronkitis dan pneumonia
Carotomax
Vita-C
Vita-E
Sila rujuk ACE Programme
Zinc
Garlic
Buasir
Vita-C
Vita-E
Ostematrix
Carpal tunnel
Vita-Lea
B complex
Vita-C
Ketiga-tiga vitamin di atas termasuk dalam Set Optimum (SetA)
Cirit-birit
B Complex
Garlic
Performance Drink
Darah tinggi
Set A (Vita-Lea, B Complex, Vita-C)
Garlic
Fibre Plan Unflavoured
Vita-E
Diabetes
Set A (Vita-Lea, B Complex, Vita-C)
Garlic
Vita-C
vitamin untuk ibu menyusu
.
kali nie saya nak cerita pasal penyusuan ibu dan keperluan vitamin dalam penyusuan bayi. Anda pernah mengalami situasi dimana kuantiti dan kualiti susu anda menurun.semasa saya melahirkan adam dan memberi susu badan sepenuhnya selama 1 tahun 3 bulan saya juga mengalami masalah kualiti dan kuantiti susu yg merosot. Dan saya percaya ramai lg diluar sana yang mengalami msalah seperti saya.
Saya pernah mencuba longan, lobak putih dan macam2 lagilah.pantang ader yang memberi petua pasti saya cuba.sebenarnya ada rahsia untuk BANYAKKAN SUSU....
KREDIT TO anakkuwira.com
Rahsia #1 ( Rahsia Utama)
Pastikan pengambilan makanan waktu utama ( sarapan, makan tengah hari dan dinner) adalah lengkap dan seimbang.
- makanan inilah yang diperlukan oleh tubuh untuk menghasilkan susu.
Ada ibu2 yang sangat takut untuk mengambil makanan berat kerana dikhuatiri gemuk maka golongan ini akan makan sekadar memastikan perut tidak lapar. Mereka ini hanya melengkapkan makanan harian tanpa memikirkan keseimbangan zat yang diambil...dan kemudian golongan ini akan mula bertanya mengapa berat anak saya tidak naik ye????
Rahsia #2
Banyakkan minum air- sebanyak mana hanya diri anda yang mengetahuinya. Namun ianya tidak boleh dipandang remeh. Susu itu sendiri dalam bentuk cecair maka air sangat penting. Air penting untuk menyahkan segala toksin dalam badan maka si ibu yang sihat akan menghasilkan susu yang berkualiti!
Rahsia #3
Pengambilan supplement adalah sangat-sangat penting. Saya tekankan sekali sangat penting. Mengapa? Kerana ianya banyak membantu agar tubuh menjalankan sistemnya dengan baik. Pengambilan supplement banyak membantu agar metabolisme badan seimbang ... sebagai contoh pengambilan b complex membantu sistem tubuh berada di dalam keadaan tenang dan rehat. Susuibu akan lebih mudah terhasil dengan keadaan si ibu gembira dan tenang berbanding runsing dan keletihan. B Complex juga berfungsi sebagai pemecah gula dalam sistem tubuh maka ianya sangat penting bagi memastikan seseorang tidak gemuk atau mudah menghidap penyakit seperti kencing manis.
Pengambilan Omega sangat membantu agar lemak yang diambil dari pemakanan seharian tidak mendatangkan kemudaratan. Ianya membantu memecahkan lemak di dalam tubuh si ibu dan secara langsung akan meningkatkan kadar DHA dalam susuibu. Selain itu contoh lain yang boleh saya beri ialah pengambilan alfalfa sebagai peransang kepada tubuh untuk menghasilkan susu dan ternyata ianya sangat berkesan! Sebenarnya banyak lagi kebaikan vitamin namun saya akan mudah terangkan bagi mereka yang memerlukan khidmat consultation secara intensif.
BERMINAT NAK CUBA PRODUCT SHAKLEE!!!!!!!!!.. sila hubungisaya nurulnas99@gmail.com
Ahad, 16 Oktober 2011
Status Halal Vitamin Shaklee
Kebelakangan ini timbul semula isu halal-haramnya produk Shaklee.
Di bawah ini adalah sijil halal Shaklee yang dikeluarkan oleh Islamic Service of America (ISA) untuk produk2 Shaklee.
Produk yang dipasarkan di Malaysia adalah tersenarai dalam sijil tersebut termasuk yang menggunakan bovine gelatin iaitu Lecithin, OmegaGuard dan Vita-E complex. (Tidak semua produk Shaklee ada dalam pasaran Malaysia)
Saya amat memuji tindakan beberapa pengguna termasuk distributor Shaklee sendiri yang mengambil langkah dengan memastikan produk yang diambil benar-benar halal. Maklumlah di zaman sekarang ni terlalu banyak perkara yang bercampur-baur antara halal dan haram. Bukan saja dari segi pemakanan malah dari sudut lain seperti pergaulan, kebebasan, pencarian rezeki dan sebagainya. Yang pasti, ia bermula dari punca rezeki dan apa yang kita masukkan ke mulut.
Daging yang tumbuh dari sumber yang tidak halal (sama ada makan makanan yang tidak halal tanpa keadaan darurat atau punca pencarian yang tidak halal) adalah bahan bakar api neraka. Mungkin tak perlu tunggu api neraka kerana di atas dunia kita sudah merasai bahana dari benda2 yang tidak halal, misalnya doa tidak dimakbulkan, kehidupan yang resah gelisah, hati yang keras dan sebagainya.
Namun adakalanya perkara sebegini menjadi bahan sabotaj tanpa kita sedar. Maklum saja, orang kita biasa dengan JAKIM sedangkan ada banyak lagi badan pengeluar sijil halal, yang mengeluarkan status halal termasuk untuk produk2 tempatan. Antara badan pengeluar sijil halal di Asia Tenggara (yang digunapakai di Malaysia) selain JAKIM ialah Islamic Food Research Centre (IFRC) Asia dan Halal Food Council (HFC) South East Asia. Malah satu mesyuarat telah diadakan antara pengeluar sijil halal agar sijil halal ni tak dimonopoli oleh JAKIM saja. Tapi kalau nak kira untuk marketing dalam negara, yang ada sijil halal JAKIMlah yang laku sebab orang ramai lebih percaya pada sijil keluaran JAKIM
Setiap badan yang mengeluarkan sijil halal mempunyai prosedur yang ketat sebelum mereke mengeluarkan sijil halal kepada sesuatu produk. Mengikut pembacaan saya, status halal di Kanada & USA adalah yang paling sukar untuk dapat pelepasan. Jadi bila Shaklee mendapat sijil halal dari ISA, sepatutnya tiada isu, bukan
Memiliki sijil halal ni bukan perkara main-main, kerana pengeluar sijil akan sentiasa memantau dan mereka boleh menarik balik bila2 masa sekiranya pengilang produk tidak mematuhi syarat-syarat yang ditetapkan.
Sebagai penutup, produk2 dalam pasaran Malaysia terdapat dalam senarai dalam sijil di atas. Sekiranya anda mendapatkan produk Shaklee dari pasaran Malaysia, anda tak perlu ragu-ragu.
Kepada pengguna Shaklee, dan kepada yang mahu mencuba dan menikmati kebaikan Shaklee, gunakannya tanpa was-was. Selamat menjalani kehidupan yang lebih sihat!
Jika ada sebarang pertanyaan tentang status halal Shaklee, anda boleh salurkan kepada Shaklee Malaysia dengan menghubungi contact di www.shaklee.com.my.


