Stress? kerja yang semakin bertambah setiap hari pastinya kita memerlukan tenaga tambahan. Secara umumnya tubuh badan kita tidak boleh membina vitamin sendiri,vitamin diperolehi dari apa yang kita makan.
Namun sayangnya, selain dari diet yang tidak seimbang, makanan ‘berzat’ yang kita makan tu kehilangan zatnya setelah melalui pelbagai proses.
Kesan kekurangan vitamin membuatkan badan menjadi lesu, mudah diserang sakit, etc. kerana badan kita perlu bekerja keras untuk membuat kerja yang mudah2, misalnya menukarkan makanan kepada tenaga. Akhirnya sistem badan kita menjadi lesu.
Mari kita ramai-ramai makan vitamin B complex kerana Vitamin B Complex yang terdiri dari 8 jenis vitamin B adalah amat penting untuk sintesis tenaga, dan menurunkan berat badan sebab,.. bila dah bertenaga tu mesti tak susah nak buat senaman, kan?
8 vitamin dlm B Complex bekerja bersama2 untuk menghasilkan tenaga dari makanan kita. Ia menjaga semua mekanisma penghasilan dan pengedaran tenaga ke seluruh sel. Vitamin B juga adalah vitamin penenang… Bila tak stress & penat, fikiran pun lapang

Tiada ulasan:
Catat Ulasan